‘Back To School’ DUN Batu Tiga dibuka untuk permohonan

27 Jan 2026, 9:53 AM
‘Back To School’ DUN Batu Tiga dibuka untuk permohonan

SHAH ALAM, 27 JAN: Ibu bapa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga digesa memanfaatkan inisiatif khas ‘Back To School’ bagi membantu persiapan anak-anak untuk sesi persekolahan 2026.

SHAH ALAM, 27 JAN: Ibu bapa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga digesa segera memohon inisiatif ‘Back To School’ untuk persiapan anak-anak menghadapi sesi persekolahan 2026.

Wakil rakyatnya, Danial Al Rashid, berkata bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah, sekali gus memastikan pelajar memulakan sesi persekolahan dalam keadaan bersedia dan yakin.

“Bantuan terbuka kepada ibu bapa yang merupakan pengundi di kawasan ini dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Permohonan ini melibatkan pelajar daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), Sekolah Agama Menengah (SAM) serta Sekolah Agama Menengah Tahfiz (SAMT).

Ibu bapa yang layak digesa mengemukakan dokumen berikut: salinan kad pengenalan ibu bapa, salinan MyKid atau kad pengenalan pelajar, serta slip gaji atau surat pengesahan pendapatan.

Permohonan dibuka mulai 27 Januari sehingga kuota penuh dan boleh dibuat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Tiga, Dewan Beringin, Seksyen 24, Shah Alam.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 03-5524 5623 atau 013-417 0041.