JKR tampal sementara kerosakan Jalan Garuda Sijangkang, JPS akan laksana pembaikan kekal

24 Jan 2026, 4:57 AM

SHAH ALAM, 24 JAN: Jalan Garuda, Batu 9, Sijangkang yang tular baru-baru ini disebabkan kerosakan jalan yang sering berlaku sudah ditampal sementera.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat yang turut memaklumkan bahawa laluan itu sedang terlibat dalam projek naik taraf tebing parit.

Projek yang dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut dikenal pasti sebagai punca kerosakan yang berlaku.

Menurut JPS Daerah Kuala Langat, kerja pembaikan kekal bagi baik pulih jalan rosak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

JKR dalam kenyataan di Facebooknya turut menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati serta mematuhi papan tanda keselamatan dan peringatan yang disediakan.

Untuk rekod, Jalan Garuda sepanjang 2.4 km terlibat dalam projek tebatan banjir DUN Sijangkang yang memberi tumpuan kepada usaha naik taraf saliran terutamanya di Jalan Perepat Telok Panglima Garang, Kampung Batu 9 Kebun Baharu, Jalan Sukepi Kampung Batu 10 Kebun Baharu dan Taman Perumahan Jaromas.