KPT ambil alih Tingkatan Enam, Matrikulasi mulai tahun depan

20 Jan 2026, 6:10 AM
KPT ambil alih Tingkatan Enam, Matrikulasi mulai tahun depan

SHAH ALAM, 20 JAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan sistem pra-universiti melibatkan Tingkatan Enam dan program matrikulasi bermula tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelajar yang mengikuti sistem pendidikan berkenaan akan dikategorikan sebagai pelajar pendidikan tinggi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Anwar memaklumkan kerajaan bersetuju memperuntukkan RM100 juta bagi menaik taraf bilik guru di seluruh negara.

Menurutnya, kerajaan mengambil maklum lebih 30 peratus bilik guru berada dalam keadaan tidak selesa dan tidak selamat, sekali gus menjejaskan kebajikan serta persekitaran kerja warga pendidik.