Jualan Ehsan Rahmah Selangor: Ayam RM10, beras RM12 di enam lokasi hari ini

20 Jan 2026, 12:01 AM
Jualan Ehsan Rahmah Selangor: Ayam RM10, beras RM12 di enam lokasi hari ini

SHAH ALAM, 20 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) diteruskan di enam lokasi hari ini, dijayakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Jualan murah itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur jenis B (RM9 sepapan), ikan (RM6.50/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).

Turut dijual ialah tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14.00) dan lampin bayi pakai buang (RM8).

Berikut lokasi JER hari ini:

Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.