RM5 juta diperuntuk sedia 25,000 baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina

19 Jan 2026, 11:00 AM

SHAH ALAM, 19 JAN: Sebanyak 25,000 baucar Jom Shopping Perayaan bernilai RM200 akan diagihkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan, kata EXCO Pembasmian Kemiskinan.

V Papparaidu berkata, inisiatif itu menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan memerlukan di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta.

“Pengagihan baucar akan dibuat melalui pejabat DUN dan penyelaras masing-masing,” katanya.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berucap ketika program Seminar Pembangunan Majikan di Pejabat Perkeso, Klang pada 3 Disember 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Menurut beliau, wakil rakyat serta penyelaras DUN turut diminta mengenal pasti dan mengemas kini senarai penerima yang layak bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan benar-benar memerlukan.

Selain sempena Tahun Baharu Cina, Papparaidu berkata program di bawah inisiatif Iltizam Selangor Penyayang (ISP) itu turut dilaksanakan bagi membantu keluarga kurang mampu menyambut perayaan Aidilfitri dan Deepavali.

Kerajaan Negeri meneruskan program Baucar Jom Shopping Perayaan tahun ini dengan tambahan peruntukan RM2 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM18.48 juta.

Inisiatif itu memberi manfaat kepada 92,400 keluarga B40 di Selangor untuk membeli barangan keperluan asas sempena musim perayaan.