MPKj sita peralatan kedai makan selepas gagal perbaharui permit niaga

15 Jan 2026, 6:40 AM
MPKj sita peralatan kedai makan selepas gagal perbaharui permit niaga
MPKj sita peralatan kedai makan selepas gagal perbaharui permit niaga

SHAH ALAM, 15 JAN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita peralatan perniagaan sebuah kedai makan di Cheras Jaya selepas permit perniagaan premis berkenaan didapati telah tamat tempoh, dalam satu operasi penguatkuasaan baru-baru ini.

MPKj memaklumkan operasi itu dijalankan susulan kegagalan pemilik premis mematuhi notis amaran yang dikeluarkan sebelum ini dengan tindakan sitaan diambil mengikut Undang-Undang Kecil 3, Perlesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKj) 2007.

“Barang-barang yang disita telah dibawa ke stor simpanan barang sitaan Jabatan Penguatkuasaan MPKj untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan MPKj menerusi hantaran di Facebook.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita peralatan perniagaan sebuah kedai makan di Cheras Jaya selepas permit perniagaan premis berkenaan didapati telah tamat tempoh dalam satu operasi pada 8 Januari lalu Foto Facebook Majlis Perbandaran Kajang

Pihak berkuasa tempatan itu turut menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan pematuhan undang-undang dilaksanakan demi menjaga kesejahteraan dan kepentingan setiap lapisan masyarakat.

Operasi pemeriksaan lesen perniagaan pada 8 Januari lalu dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Kawalan Bangunan serta Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPKj di sekitar Taman Cheras Jaya.