SHAH ALAM, 9 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menyumbang Proton Exora kepada GiatMARA Sabak Bernam untuk dijadikan bahan pembelajaran automotif kepada pelajar.
Sumbangan bertujuan memberi pendedahan latihan amali menggunakan kenderaan sebenar, sekali gus meningkatkan kefahaman serta kemahiran teknikal pelajar dalam bidang automotif.
Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Setiausaha MPKS, TPr Mohamad Yusli Askandar, diiringi Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Ahmad Jamzuri Mujaini di Ibu Pejabat MPKS, pagi tadi.
Penerimaa sumbangan diwakili Pengurus GiatMARA Sungai Besar, Abd Faiziladha Syahmi Abd Rahman yang menjalankan tugas sebagai Pengurus GiatMARA Sabak Bernam, bersama tenaga pengajar GiatMARA Zainal Abidin Busran
MPKS menerusi Facebook memaklumkan pihaknya komited menyokong pembangunan pendidikan serta latihan kemahiran melalui sumbangan berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada generasi muda dan komuniti setempat.


