Majlis berselawat di Taman Sri Gombak malam ini, orang ramai dijemput hadir

28 Dis 2025, 4:37 AM

SHAH ALAM, 28 DIS: Orang ramai dijemput menghadiri Majlis Darul Ehsan Berselawat 2025 di Taman Sri Gombak Fasa 3, bermula 7.30 malam ini.

Program sempena sambutan ambang tahun baharu itu bakal disempurnakan oleh Dato Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Majlis munajat, zikir dan berselawat itu juga menampilkan tokoh Islam seperti Habib Ali Zainal Abidin Assegaf dan Ustaz Azlan Man. Program dimeriahkan dengan persembahan kumpulan qasidah Majelis Az-Zahir serta kumpulan Angham Anisah.

Kerajaan Selangor kerap menganjurkan Majlis Darul Ehsan Berselawat termasuk ketika ambang tahun baharu dan sambutan Hari Kemerdekaan yang menghimpunkan ribuan umat Islam.

Pada Julai lalu, Program Darul Ehsan Berselawat turut diadakan sempena Festival Turath Islami Selangor 3.0 (FTIS 3.0).