ad
SELANGOR

Jauh dari Seremban, anak muda teruja pertama kali hadir majlis selawat

20 Jul 2025, 1:45 AM
Jauh dari Seremban, anak muda teruja pertama kali hadir majlis selawat
Jauh dari Seremban, anak muda teruja pertama kali hadir majlis selawat
Jauh dari Seremban, anak muda teruja pertama kali hadir majlis selawat
Jauh dari Seremban, anak muda teruja pertama kali hadir majlis selawat
Jauh dari Seremban, anak muda teruja pertama kali hadir majlis selawat

Oleh Ufairah Tarmidzi

SHAH ALAM, 20 JULAI: Kehadiran ribuan pengunjung ke program Darul Ehsan Berselawat menyaksikan sambutan luar biasa selain membuka ruang kepada masyarakat dari Selangor merasai keindahan majlis mengagungkan Rasulullah SAW.

Pengunjung, Alif Amsyar Mohd Ezwan, 21, yang datang dari Seremban, Negeri Sembilan mengakui ini kali pertama beliau menyertai majlis seumpama itu walaupun perlu menempuh dua jam perjalanan untuk sampai ke Shah Alam.

[caption id="attachment_711299" align="alignleft" width="349"] Alif Amsyar Mohd Ezwan[/caption]

“Program seperti ini sangat baik untuk mendidik khususnya generasi muda agar mereka lebih memahami dan sentiasa dekat dengan agama kerana ia memberi manfaat besar kepada diri mereka sendiri secara rohani dan jiwa.

“Majlis berselawat seperti ini dapat membuka hati anak muda untuk cintakan agama. Kita perlu didik anak kenal dan cintakan Allah dan Rasulullah SAW sejak dari rebung dan bukan ketika sudah jadi buluh,” katanya.

[caption id="attachment_711300" align="alignright" width="349"] Nadia Shamsuddin[/caption]

Sementara itu, Nadia Shamsuddin, 37, hadir bersama suami dan dua anaknya yang berusia lapan dan lima tahun itu selepas mengetahui tentang program tersebut menerusi kumpulan nasyid Babul Mustofa.

“Ini merupakan kali pertama saya datang bersama keluarga dan saya sangat kagum dengan kehadiran ribuan pengunjung dari pelbagai peringkat umur memeriahkan majlis agama seumpama ini.

“Program ini juga boleh dijadikan sebagai platform untuk meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu sambil berselawat kerana ia tidak seperti konsert biasa, tapi lebih kepada mendidik hati kita sebagai manusiawi,” jelasnya.

[caption id="attachment_711301" align="alignleft" width="344"] Muhammad Aiman Mohadnizam[/caption]

Bagi Muhammad Aiman Mohadnizam, 22, pula, beliau bersyukur kerana diberi peluang untuk hadir ke program tersebut sebagai salah seorang ahli kumpulan nasyid Al-Madad dari Sentul, Kuala Lumpur.

Meskipun beliau dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) penglihatan, namun, minatnya yang mendalam terhadap nasyid dan selawat itu membuktikan rasa cintanya kepada Nabi Muhammad SAW.

“Saya memang minat dengan alunan qasidah dan selawat dari kumpulan Babul Mustofa dan program ini sangat bagus kerana ia memupuk rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW dalam kalangan anak muda seperti saya.

“Selain hadir bersama keluarga dan anak, program ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara rakan yang mempunyai minat sama,” tambahnya.

[caption id="attachment_711290" align="alignnone" width="784"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada program Darul Ehsan Berselawat 8.0 sempena Festival Turath Islami Selangor 3.0 (FTIS 3.0) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 19 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Program Darul Ehsan Berselawat yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan, malam tadi menampilkan penyanyi, Lah Ahmad serta alunan qasidah dan selawat dari kumpulan Babul Mustofa yang dipimpin oleh Neezam Al-Banjari.

Program yang diadakan bersempena Festival Turath Islami Selangor 3.0 (FITS 3.0) itu diteruskan hari ini dengan acara kemuncak Konsert Alunan Mahabbah dengan menampilkan kumpulan nasyid ternama tanah air dan alunan seni Islami yang menyentuh jiwa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.