SHAH ALAM, 26 DIS: Sebuah pusat perlindungan haiwan bernilai RM1.9 juta yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dijangka siap bulan depan bagi menempatkan anjing dan kucing liar.
Yang Dipertua MPKL Mohd Hasry Nor Mohd berkata tapak seluas satu hektar itu di Jalan Sultan Abdul Samad, Kuala Langat turut menyediakan kawasan terbuka dengan tanaman pokok kelapa sawit untuk teduhan haiwan berkenaan
“Tapak dibangunkan di tanah rizab MPKL yang sebelum ini diceroboh untuk aktiviti pertanian.
”Di pusat ini haiwan dibenarkan berkeliaran dalam zon masing-masing,” katanya katanya seperti dilapor The Star.
Dalam pada itu, MPKL bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, Pejabat Daerah dan Tanah serta dan agensi lain bagi memantau pembuangan sampah haram serta pelanggaran guna tanah selain kamera litar tertutup dipasang di lokasi panas.
“Setakat ini Jalan Sempadan dan Jalan Sijangkang Utama dikenal pasti sebagai lokasi utama pembuangan haram tahun ini, kebanyakannya melibatkan sisa industri dari luar daerah,” katanya.


