PETALING JAYA, 19 DIS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan cenderahati menarik kepada pembayar cukai taksiran yang melunaskan bayaran selama setahun mulai tahun depan.
Datuk Bandarnya Dato’ Mohamad Zahri Samingon berkata inisiatif berkenaan sebagai memberi galakan dan penghargaan kepada pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka.
“Kepada pembayar cukai taksiran yang menjelaskan bayaran setahun melalui platform online iaitu Epay@MBPJ dan memenuhi syarat, mereka juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
“Kita mengalu-alukan orang ramai untuk segera melunaskan bayaran sepanjang tempoh Kempen Bayaran Cukai Taksiran yang bermula 1 Januari sehingga 28 Februari 2026,” katanya ditemui Mesyuarat Penuh MBPJ di ibu pejabat di sini semalam.
Orang awam juga boleh menyemak bil cukai taksiran dan membuat pertukaran nama serta alamat surat-menyurat di kaunter yang disediakan sepanjang kempen diadakan pada Januari dan Februari.
Lokasi dan waktu seperti berikut:
Jalan SS25/4 (Berhadapan Balai Raya Tamera, SS25) : 9-10 Januari (9pagi-2petang)
BU8, Bandar Utama : 17-18 Januari (9 pagi-2 petang)
Jalan Cempaka SD 12/1 : 24-25 Januari (9 pagi-2 petang)
Jalan SS6/3, Kelana Jaya : 7-8 Februari (10 pagi-2 petang)
PU10, Damansara Damai : 14-15 Februari (10 pagi-2 petang)
Jalan Dagang SD 2/1G (Berhadapan Kedai Tayar STH Auto Services Centre, Sri Damansara : 21-22 Februari (10 pagi-2 petang)
PJU6, Pelangi Damansara : 27 Februari (9 pagi-12 tengah hari) & 28 Februari (10 pagi-2 petang)



