Amaran ribut petir seluruh Selangor, KL dan Putrajaya hingga 1 tengah hari

15 Dis 2025, 2:39 AM
Amaran ribut petir seluruh Selangor, KL dan Putrajaya hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 15 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 1 tengah hari ini.

Menurut MetMalaysia beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah dijangka alami keadaaan cuaca yang sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku dalam tempoh lebih satu jam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada, mengelakkan aktiviti luar ketika cuaca buruk serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.