Istiadat bersejarah penganugerahan diraja sempena keputeraan Sultan Selangor

13 Dis 2025, 2:00 AM
Istiadat bersejarah penganugerahan diraja sempena keputeraan Sultan Selangor

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 98 individu sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-80 pada 11 Disember 2025.

Berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Baginda bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz.

Mendahului senarai penerima ialah anakanda Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Zerafina, yang dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati, Darjah Kerabat Kedua (DK II).

Istiadat tersebut turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamed serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Jurufoto Remy Arifin dan Khairul Helmy merakam suasana yang memperlihatkan detik-detik bersejarah penganugerahan dan keteraturan istiadat mencerminkan kedaulatan Kesultanan Selangor.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan memeriksa perbarisan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-80 di Istana Alam Shah, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Teramat Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz berkenan hadir sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 di Istana Alam Shah, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato' Abdul Aziz berkenan menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato' Abdul Aziz berkenan menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyembah ucapan taat setia sempena Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) kepada EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Datuk Rizam Ismail sempena Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkanan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) kepada Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr. Haniff Zainal Abidin sempena Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkanan mengurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) kepada Ketua Yayasan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor sempena Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato' Abdul Aziz berkenan menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Barisan EXCO menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Dulli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato' Abdul Aziz berangkat meninggalkan majlis selepas Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato' Abdul Aziz bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari serta isteri Datin Seri Madiana Muhamad selepas Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.