Air Selangor agih 150 kotak makanan bantu keluarga B40 di Sabak Bernam

12 Dis 2025, 4:22 AM

SHAH ALAM, 12 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagihkan 150 kotak bantuan makanan menerusi program Box of Hope kepada keluarga B40 di Kampung Sungai Apong, Sabak Bernam.

Dalam kenyataan di Facebook, agensi itu memaklumkan setiap kotak mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, tepung serta pelbagai barangan kering asas.

"Seramai 17 sukarelawan Hydro Heroes turut turun padang bagi membantu kelancaran proses pengagihan dan urusan logistik program tersebut.

"Sejak dilaksanakan pada 2020, program Box of Hope telah memberi manfaat kepada 8,583 keluarga B40 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” menurut Air Selangor.

Program Box of Hope merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) Air Selangor bagi membantu masyarakat kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.