ad
AGENSI

Air Selangor agih 5,275 bakul makanan buat keluarga kurang mampu

13 Apr 2024, 12:07 PM
Air Selangor agih 5,275 bakul makanan buat keluarga kurang mampu

SHAH ALAM, 13 APRIL: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempelawa orang ramai terus menyumbang kepada bantuan bakul makanan Box of Hope.

Air Selangor memaklumkan setakat ini 5,275 kotak makanan asas diagihkan kepada keluarga kurang berkemampuan sejak dilancar pada 2020.

“Setiap sumbangan yang anda berikan amat bermakna kepada mereka yang memerlukan,” katanya menerusi Facebook.

Pihak yang ingin menyumbang boleh layari pautan https://www.airselangor.com/boxofhope/.

Inisiatif Box of Hope dilancar bertujuan untuk membantu komuniti B40 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan mengagihkan keperluan makanan asas.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada Sesama Mara iaitu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Air Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.