Lelaki maut selepas kereta dipandu dihempap mesin cerucuk

7 Dis 2025, 2:37 PM
Lelaki maut selepas kereta dipandu dihempap mesin cerucuk

SIBU, 7 DIS: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap mesin cerucuk di Kampung Peruan, Long Tuma, Lawas petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa, Bili Muli, 31, ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Lawas.

“Bomba menerima panggilan kejadian pada 4.55 petang. Enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lawas berserta jentera tiba di lokasi yang jaraknya lapan kilometer dari balai bomba itu pada 5.03 petang,” menurut PGO.

Mangsa dikeluarkan dari kenderaan itu menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya (RTA) bagi memudahkan kerja-kerja pemotongan kenderaan.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 6.45 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.