Banjir Selangor: 911 mangsa dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara

5 Dis 2025, 1:40 AM
Banjir Selangor: 911 mangsa dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara

SHAH ALAM, 5 DIS: Seramai 911 mangsa daripada 279 keluarga kini ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah susulan banjir setakat jam 9.30 pagi ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mangsa terdiri dariada 265 lelaki dewasa, 289 perempuan dewasa, 159 kanak-kanak lelaki, 154 kanak-kanak perempuan, 14 bayi lelaki dan lapan bayi perempuan.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang, memaklumkan paras air laut dijangka mencecah sehingga 5.2 meter berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Pusat Hidrografi Nasional.

Fenomena ini diramal berlaku di sekitar Stesen Pelabuhan Klang dengan bacaan tertinggi air laut dijangka pada hari ini, 6 Disember pada jam 5:46 pagi, dan 7 Disember pada jam 6:31 pagi.

Jawatankuasa itu menasihatkan penduduk, terutama yang tinggal di kawasan pesisir, supaya sentiasa memantau perubahan cuaca dan paras air, serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.