200 pengunjung pasar pagi Klang terima kupon digital PLATS RM15

2 Dis 2025, 8:57 AM
200 pengunjung pasar pagi Klang terima kupon digital PLATS RM15
200 pengunjung pasar pagi Klang terima kupon digital PLATS RM15
200 pengunjung pasar pagi Klang terima kupon digital PLATS RM15

KLANG, 2 DIS: Seramai 200 pengunjung terawal pasar pagi Taman Eng Ann menerima Kupon Digital PLATS bernilai RM15 setiap seorang, hari ini.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menerusi Facebook berkata agihan dilakukan oleh Datuk Bandar, Dato’ Abdul Hamid Hussain.

"Program anjuran bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI ini turut disertai oleh ADN Bandar Baru Klang, Dr. Quah Perng Fei, serta Ahli-ahli Majlis MBDK,” katanya.

Menurut MBDK inisiatif itu bertujuan menggalakkan penggunaan transaksi digital dan menyokong peniaga serta komuniti setempat.

PLATS diperkenal pada 2020 melaksanakan bazar Ramadan digital pertama di Malaysia bagi membantu penjaja kecil yang terjejas pendapatan susulan penularan wabak Covid-19.

Inisiatif itu diperluas setahun kemudian bagi membantu peniaga sepanjang masa, tidak terhad ketika bulan puasa sahaja dan diteruskan sehingga kini dengan kerjasama agensi berkaitan.

Sehingga kini, 43,800 usahawan sudah menyertai platform berkenaan dan MBI menyasarkan 50,000 usahawan berdaftar menjelang akhir tahun ini.