Dua kumpulan MPKS raih penarafan tiga bintang di Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2025

2 Dis 2025, 1:54 AM

SHAH ALAM, 2 DIS: Dua kumpulan inovasi Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Inotech JPM dan I-Smart mencatat kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih penarafan tiga bintang pada Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2025 yang berlangsung baru-baru ini.

MPKS dalam kenyataan memaklumkan pencapaian itu mencerminkan komitmen tinggi pihak berkuasa tempatan tersebut dalam memperkukuh budaya inovasi serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

“Inovasi Sharp Line 3.0 yang dibangunkan kumpulan Inotech JPM, yang menambah baik proses penyediaan garisan padang awam agar lebih pantas dan menjimatkan kos, diiktiraf sebagai Johan Kategori Awam Negeri Terbaik selain turut meraih Video Projek Terbaik.

“Sementara itu, kumpulan I-Smart turut menonjol dengan penghasilan Rak Pintar Digital, iaitu solusi yang memudahkan pencarian fail dan menyelesaikan isu ketidakcekapan ruang penyimpanan sebelum ini,” menurut kenyataan itu.

MPKS turut menerima Anugerah Khas Pembudayaan Inovasi, sebagai penghargaan terhadap usaha berterusan mereka memupuk kreativiti dan memperkukuh budaya inovasi dalam organisasi.

Majlis itu menegaskan bahawa kejayaan berkenaan akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak penambahbaikan dan pembaharuan pada masa hadapan, selaras dengan komitmennya membentuk persekitaran kerja yang kreatif, cekap dan berimpak tinggi.