523 kakitangan MPS jalani ujian air kencing, pastikan dasar bebas dadah dipatuhi

2 Dis 2025, 1:16 AM
523 kakitangan MPS jalani ujian air kencing, pastikan dasar bebas dadah dipatuhi
523 kakitangan MPS jalani ujian air kencing, pastikan dasar bebas dadah dipatuhi

SHAH ALAM, 2 DIS: Seramai 523 kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalani saringan ujian air kencing dalam program anjuran Unit Integriti dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak, baru-baru ini.

Menurut MPS, program yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 November lalu itu dilaksanakan bagi memastikan warga kerja sentiasa mematuhi dasar bebas dadah serta mengekalkan tahap disiplin yang tinggi dalam perkhidmatan.

“Proses saringan ujian air kencing setiap kakitangan MPS ini dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan AADK. Ia juga berjalan lancar tanpa sebarang isu,” katanya di Facebook.

MPS turut memaklumkan bahawa keputusan penuh saringan ujian air kencing warga kerja kini dalam proses pengesahan AADK dan laporan tersebut akan dikemukakan kepada majlis sebaik sahaja diterima.

Dalam pada itu, MPS berkata Unit Integriti juga akan melaksanakan tindakan susulan yang bersesuaian mengikut prosedur yang telah ditetapkan.