Di Sungai Pelek, Sepang, Tawakkal Foods menghasilkan daging salai halal dengan proses teliti dari awal hingga akhir. Dari pemilihan daging halal, pencampuran rempah ratus, pengisaran, perapan, pembentukan, pembakaran menggunakan arang, sehinggalah ke proses menyalai dan pembungkusan, setiap langkah dijalankan mengikut SOP ketat bagi memastikan kebersihan, keselamatan dan kualiti produk.
Setelah dibungkus, produk siap diagihkan ke pasaran dari pasar raya hingga stesen minyak membawa rasa autentik dan pengalaman baharu kepada pelanggan. Apa yang bermula sebagai idea untuk menghasilkan bak kwa halal kini menjadi bukti bagaimana kreativiti dan ketelitian proses pembuatan mampu menghasilkan produk berkualiti yang diterima ramai.
Jurufoto Hafiz Othman menyelami setiap sudut kilang, merakam detik-detik proses dari tangan pekerja hingga ke produk siap.
Kakitangan Tawakkal Foods memulakan tugas seawal jam 8 pagi, bersiap sedia untuk memulakan persiapan proses penghasilan daging salai. Disiplin dan ketekunan pada peringkat awal ini menjadi asas kepada kualiti produk akhir.

Seorang pekerja menata potongan daging di atas mesin pengisar, memulakan proses kisaran yang menjadi asas kepada tekstur dan rasa produk akhir. Setiap langkah dilakukan teliti bagi penghasilan makanan yang berkualiti.
Daging yang telah dikisar terus ke dalam bekas untuk melalui proses seterusnya. Setiap perpindahan diurus rapi, memastikan tekstur dan kualitinya kekal konsisten.
Seorang pekerja menyediakan adunan rempah perapan, mencampurkan setiap bahan mengikut resipi yang ditetapkan sebelum digaul bersama daging. Proses ini menjadi nadi kepada aroma dan rasa yang menentukan identiti produk.
Proses perapan antara adunan dan daging dilakukan dengan teliti menggunakan mesin khas, memastikan setiap bahagian disaluti sekata
Daging yang telah digaul bersama perapan siap sedia untuk ditimbang sebelum memasuki proses seterusnya. Setiap langkah diukur tepat bagi memastikan konsistensi dan kualiti produk sentiasa terpelihara.
Setelah ditimbang, daging diletakkan ke atas acuan dan dibentuk mengikut saiz yang ditetapkan. Bentuk ini menjadi asas sebelum ia melalui proses pembakaran di dalam oven, memastikan setiap kepingan tampil seragam dan berkualiti

Daging yang telah dibentuk di dalam acuan disusun rapi pada troli tray sebelum dimasukkan terus ke dalam oven. Susunan ini memastikan setiap kepingan menerima haba yang sekata bagi menghasilkan kualiti terbaik.

Kepingan daging yang keluar dari oven dipotong menjadi bentuk empat segi, memastikan setiap bahagian seragam sebelum melalui proses seterusnya. Ketelitian ini penting bagi mengekalkan standard kualiti setiap produk.
Pekerja sedang menyalakan bara api sebelum memulakan proses menyalai daging.
Pekerja sedang melakukan proses menyalai daging. Setiap kepingan dikawal dengan teliti untuk memastikan kualiti konsisten sebelum dibungkus.

Kakitangan Tawakkal Food menjalankan proses pembungkusan menggunakan mesin khas, memastikan setiap produk dibungkus rapi dan bersedia untuk pengedaran.

Daging yang telah dibungkus perlu ditimbang dengan tepat sebelum dimasukkan ke dalam bungkusan akhir, memastikan setiap pek konsisten dari segi berat dan kualiti sebelum diedarkan di pasaran.

Kakitangan Tawakkal Food memperlihatkan produk daging salai yang telah dibungkus rapi, sedia untuk dijual. Setiap bungkus menandakan ketelitian dan standard kualiti yang dijaga dari proses awal hingga akhir.
Pemilik dan kakitangan Tawakkal Foods bergambar bersama di hadapan kilang, menzahirkan semangat kerjasama dan komitmen mereka dalam memastikan setiap produk daging salai dihasilkan dengan kualiti terbaik.