Mohd Shuhaily hadir sebutan semula kes cederakan dua anggota polis

25 Nov 2026, 1:53 AM
Mohd Shuhaily hadir sebutan semula kes cederakan dua anggota polis

SEPANG, 25 NOV: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi sebutan semula kes membabitkan pertuduhan mencederakan dua anggota polis.

Beliau tiba di pekarangan mahkamah jam 8.20 pagi dengan memakai sut biru gelap ditemani Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa mencederakan Mohamad Faiz Saman, 40, dan Muhammad Ekmal Sofwan Dirman, 25, berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), antara 1.27 tengah hari hingga 1.35 tengah hari, 28 September lalu.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah sebelum ini membenarkan Mohd Shuhaily diikat jamin RM3,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, selain mengarahkannya hadir pada setiap prosiding perbicaraan kes berkenaan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.