ad

Kempen Internet Selamat SKMM himpun 1,500 pelajar SJKC Selangor, KL

22 Nov 2025, 9:18 AM

SHAH ALAM, 22 NOV: Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Tengah menghimpunkan 158 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan penyertaan lebih 1,500 pelajar.

Program literasi digital itu dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Majlis Bahasa Cina Malaysia.

JPN Selangor menerusi Facebook berkata, program turut disertai Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

"Sepanjang program, pelajar mengikuti sesi Pocket Talk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, CyberSecurity Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, selain taklimat modul Internet Selamat serta pelbagai aktiviti interaktif di reruai pameran yang meningkatkan kefahaman tentang keselamatan siber.

Program itu turut menyaksikan pelantikan 316 ikon K-DAT sebagai duta keselamatan internet di sekolah masing-masing.