ad

Festival Orang Asli diteruskan, ikhtiar Selangor martabat budaya dan warisan

19 Nov 2025, 9:57 AM

SHAH ALAM, 19 NOV: Kerajaan Negeri akan meneruskan penganjuran Festival Kebudayaan Orang Asli serta Sambutan Hari Orang Asal Sedunia peringkat Selangor pada 2026 bagi memartabatkan identiti, budaya, dan warisan komuniti tersebut.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu berkata festival ini kekal menjadi platform penting untuk memperkukuh penyertaan masyarakat Orang Asli dalam agenda sosial dan ekonomi negeri.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu menjawab soalan ketika Persidangan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 19 November 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Kita mahu memastikan komuniti Orang Asli terus diberikan ruang untuk mengekspresikan budaya mereka, sekali gus memperkukuh jati diri serta penyertaan mereka dalam pembangunan Selangor,” katanya pada sidang media di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau memaklumkan, Kerajaan Negeri mengekalkan peruntukan RM500,000 bagi meneruskan program memperkasa komuniti Orang Asli, termasuk inisiatif pendidikan, pembangunan ekonomi dan intervensi kesejahteraan.

Tambah Papparaidu, usaha berterusan ini adalah sebahagian daripada ikhtiar pentadbiran negeri untuk memastikan Orang Asli tidak tersisih dalam arus pembangunan Selangor, sebaliknya terus dilibatkan secara aktif.