Karnival Jalinan Kasih perkasa bimbingan Islam masyarakat Orang Asli Selangor

26 Okt 2026, 3:30 AM
Karnival Jalinan Kasih perkasa bimbingan Islam masyarakat Orang Asli Selangor
Karnival Jalinan Kasih perkasa bimbingan Islam masyarakat Orang Asli Selangor
Karnival Jalinan Kasih perkasa bimbingan Islam masyarakat Orang Asli Selangor
Karnival Jalinan Kasih perkasa bimbingan Islam masyarakat Orang Asli Selangor
Karnival Jalinan Kasih perkasa bimbingan Islam masyarakat Orang Asli Selangor

SHAH ALAM, 26 OKT: Karnival Jalinan Kasih Orang Asli Negeri Selangor 2026 menghimpunkan peserta masyarakat Orang Asli dari tujuh daerah di negeri ini, sekali gus membuka ruang interaksi dua hala bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Program itu dianjurkan Bahagian Dakwah JAIS dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Turut bekerjasama menjayakannya ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Pelaksanaan karnival ini merangkumi pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kerohanian dan rekreasi yang dapat menggalakkan penglibatan masyarakat Orang Asli daripada pelbagai peringkat umur.

"Interaksi antara jabatan dengan komuniti itu membuka ruang untuk mengenal pasti keperluan, cabaran dan potensi pembangunan masyarakat Orang Asli, khususnya dalam pendidikan Islam serta pengukuhan akidah," menurut kenyataan menerusi Facebook JAIS.

Karnival itu dirasmikan Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS Rabihah Ibrahim.

Penganjuran berkenaan turut mencerminkan komitmen JAIS dalam membimbing masyarakat Orang Asli menerusi pendekatan dakwah bil hikmah.

Menurut kenyataan itu hubungan yang dibina diharapkan menjadi asas kepada bimbingan agama lebih berkesan bagi melahirkan masyarakat Muslim yang memahami tuntutan syariat serta menjaga hubungan dengan Allah SWT.

"Hubungan erat antara pendakwah dengan komuniti juga diharapkan dapat memastikan bimbingan agama dilaksanakan secara berterusan.

"Usaha itu seterusnya diharap membantu membentuk generasi Muslim yang berilmu, berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran al-Quran serta al-Sunnah," kata kenyataan itu lagi.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.