Imigresen tahan 95 warga asing dalam Ops Sapu Selangor

18 Nov 2025, 11:14 AM

SHAH ALAM, 18 NOV: Seramai 95 warga asing ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor di Pangsapuri Pendamar B, Pelabuhan Klang.

Operasi bermula jam 8.30 malam itu melibatkan 78 pegawai, termasuk Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dato’ Lokman Effendi Ramli dan Pengarah Imigresen Negeri Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin.

Daripada 285 warga asing yang diperiksa, 95 individu ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Kesemua individu dibawa ke depoh tahanan Imigresen untuk tindakan lanjut.