ad

Hargai peranan pengamal media, Media Selangor hulur sumbangan kepada Wajar

18 Nov 2025, 12:01 AM
Hargai peranan pengamal media, Media Selangor hulur sumbangan kepada Wajar
Hargai peranan pengamal media, Media Selangor hulur sumbangan kepada Wajar
Hargai peranan pengamal media, Media Selangor hulur sumbangan kepada Wajar
Hargai peranan pengamal media, Media Selangor hulur sumbangan kepada Wajar

SHAH ALAM, 18 NOV: Media Selangor menzahirkan penghargaan terhadap peranan pengamal media di negeri ini dengan menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Selangor (Wajar).

Sumbangan disampaikan Ketua Editor Media Selangor Noor Azam Shairi kepada Pengerusi Wajar Norrasyidah Arshad pada Majlis Media Selangor: Malam Apresiasi Rakan Media yang berlangsung di Platform 19 Cafe, di sini malam tadi.

Ketua Kluster Perkhidmatan Korporat Media Selangor Mohd Zulkifli Ismail berkata hubungan erat antara Media Selangor dan rakan media perlu terus diperkukuh demi memastikan penyampaian maklumat sahih kepada rakyat.

Ketua Kluster Perkhidmatan Korporat Media Selangor Mohd Zulkifli Ismail berucap dalam Majlis Malam Apresiasi Rakan Media di Platform 19 Cafe, Shah Alam pada 17 November 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Kerjasama yang baik membolehkan kita menjalankan peranan dengan lebih berkesan. Lagi erat hubungan, lagi mudah kita memastikan setiap maklumat tepat sampai kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Majlis santai itu menghimpunkan kira-kira 50 wartawan dan jurugambar daripada hampir 15 agensi media mengambil peluang merapatkan hubungan, bertukar pandangan serta meraikan komitmen bersama sepanjang tahun.

Antara rakan media yang hadir pada Majlis Apresiasi Rakan Media di kafe Platform19 Shah Alam pada 17 November 2025. Foto HANISAH OTHMAN/MEDIA SELANGOR
Rakan media menjamu hidangan dalam Majlis Apresiasi Rakan Media di kafe Platform19 Shah Alam pada 17 November 2025. Foto HANISAH OTHMAN/MEDIA SELANGOR