ad

Bantu baik pulih rumah, negeri sedia dana RM3 juta

14 Nov 2025, 10:41 AM
Bantu baik pulih rumah, negeri sedia dana RM3 juta

SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta bagi membantu rakyat kurang mampu membaik pulih kediaman mereka.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program tersebut menyediakan bantuan baik pulih sehingga RM35,000, manakala pembinaan rumah baharu bersaiz 660 kaki persegi ditawarkan dengan had siling RM85,000.

“Usaha ini mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat terpelihara. Setakat ini, seramai 58 keluarga telah menerima manfaat meliputi sembilan daerah di seluruh Selangor.

“Turut dibantu ialah 14 keluarga masyarakat Orang Asli, sekali gus menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.