ad

Program Bantuan Sihat Selangor diteruskan, bantu rakyat perlukan peralatan perubatan

14 Nov 2025, 9:29 AM
Program Bantuan Sihat Selangor diteruskan, bantu rakyat perlukan peralatan perubatan

SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi meneruskan program Bantuan Sihat Selangor (BSS) bagi membantu rakyat mendapatkan rawatan serta peralatan perubatan yang diperlukan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata antara manfaat BSS ialah pembiayaan rawatan dan pembedahan kecil sehingga RM5,000, bantuan kaki palsu sehingga RM5,000, serta bantuan pembelian kanta dan pembedahan katarak sehingga RM1,200 seorang.

“BSS terus dipertingkat dari semasa ke semasa sejak diperkenalkan pada 2009 bagi memastikan rakyat mendapat akses rawatan yang lebih menyeluruh,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Selain itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut meneruskan pembiayaan Skim Rawatan Jantung, yang setakat 30 September 2025 telah memberi manfaat kepada 191 pesakit, berbanding 78 penerima pada 2024.