SHAH ALAM, 15 NOV: Belanjawan Selangor 2026 menekankan kesejahteraan rakyat melalui dasar kebajikan yang menyeluruh.
Seiring dengan prinsip Selangor Negeri Penyayang, Kerajaan Negeri tidak hanya memacu pembangunan fizikal dan ekonomi, tetapi turut memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati kehidupan sejahtera.
Berikut adalah ringkasan inisiatif Tekad Kelima dalam Belanjawan Selangor 2026.
KESIHATAN AWAM
1. Iltizam Selangor Sihat (ISS)
Peruntukan RM20 juta.
Manfaat untuk 200,000 rakyat:
-Rawatan asas & vaksin: hingga RM500
-Hospitalisasi: hingga RM10,000
-Dialisis: hingga RM10,000
-Penyakit kritikal: RM5,000
Pendaftaran meningkat 84,346 (2025).
2. ISS Penjawat Awam (ISSPA)
Peruntukan RM1 juta.
Perlindungan 10,000 penjawat awam Gred 10 ke bawah.
3. Bantuan Sihat Selangor (BSS)
RM5 juta.
Rawatan/pembedahan kecil: hingga RM5k
Kaki palsu: RM5,000
Kanta/pembedahan katarak: RM1,200
4. Skim Rawatan Jantung
RM5 juta.
191 penerima (2025) berbanding 78 penerima (2024)
5. Selangor Saring dan Selangor Kanser
RM2.5 juta.
Saringan NCD, kanser, mata, mulut, telinga, kesihatan menyeluruh.
6. Denggi
Kes turun 65.4%.
Peruntukan RM4 juta untuk intervensi.
7. Selangor Mental Sihat (SEHAT)
Fokus pencegahan + intervensi awal + rawatan + pemulihan.
Skop diperluaskan kepada pelajar sekolah.
Peruntukan naik kepada RM1.5 juta.
8. Kesihatan warga emas
Jangka hayat Selangor tertinggi: 78 tahun.
Peruntukan RM500 ribu untuk saringan & fisioterapi warga emas.
SEKOLAH AGAMA DAN KESELAMATAN
9. Naik taraf pendawaian sekolah agama
13 sekolah berisiko kebakaran akibat pendawaian lama.
Kebakaran MITS Jugra (Ogos 2025) akibat litar pintas.
Peruntukan RM8 juta (2026) untuk pendawaian baharu.
TAJAAN DAN INSENTIF HAJI
10. Tajaan penuh haji
Dilanjutkan 2026: RM1.2 juta.
75 bakal haji dijangka ditaja.
11. Insentif Haji Muassasah
Bantuan naik RM1,000 → RM1,500 seorang.
6,000 penerima setahun.
Peruntukan RM9 juta
PENDIDIKAN ISLAM
12. Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS)
Pendaftaran meningkat 1500 (2025).
Talaqqi peringkat lanjutan yang sebelum ini hanya di Masjid Negeri akan diperluas ke Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Peruntukan RM1.5 juta.
13. Pusat Hadis Sedunia
Tapak 5 ekar disediakan.
Kerjasama Majlis Bukhari Malaysia dan Turath Nusantara.
PERUMAHAN
14. Skim Smart Sewa
Sewaan 2–5 tahun + pulangan 30%.
2026: beli 300 unit baharu (RM103.2 juta).
15. Program Residensi Rakyat (PRR)
PRR Harmoni Madani – selesaikan isu 245 bekas pekerja ladang.
Kos projek RM70 juta (Selangor biayai RM35 juta).
2026: PRR Dengkil – 200 unit baharu (RM58.47 juta).
16. Penyelesaian PPR Ampar Tenang, Dengkil
Isu sejak 1990-an.
Tawaran milikan diserahkan Oktober 2025.
STRATA: HAK MILIK DAN PENAMBAHBAIKAN
17. Hak milik Strata
600 skim / 130,000 petak belum ada strata.
Dana Strata Selangor (DSS): 8 permohonan, RM4.7 juta.
2026: Enam projek kos rendah jadi keutamaan.
18. Skim Ceria
Sejak 2010: 399 projek, RM152.7 juta.
2026: tambah RM5 juta.
19. Program Rewang Komuniti Strata
3 kali setahun di pangsapuri terpilih.
Fokus: ekonomi, pendidikan, kesihatan.
Peruntukan RM2 juta.
MASJID DAN INFASTRUKTUR UMMAH
20. Naik taraf tandas masjid laluan utama
14 masjid terlibat.
Peruntukan RM1.4 juta
KANAK-KANAK & PENGASUH
21. IMPAK Selangor (penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak)
2,200 pengasuh dikenal pasti.
1,000 pengasuh dilatih (termasuk jaga kanak-kanak OKU).
200 pengasuh terima geran RM2,000.
Aplikasi i-ASUH diperkenalkan.
Peruntukan RM2 juta.
22. Iltizam Anak Selangor (ANAS)
Simpanan SSPN RM500 untuk bayi Selangor (30,000 anak).
Program diteruskan dengan peruntukan RM3 juta.
WANITA, KERJAYA DAN KEBAJIKAN KELUARGA
23. Inisiatif MamaKerja
Bantuan tunai RM100 sebulan selama setahun untuk anak bawah 6 tahun yang memanfaatkan 2,166 kanak-kanak.
RM5 juta
24. Karnival Kerjaya Wanita
Tawar perkembangan kerjaya secara profesional dan teknikal.
Program kerjaya wanita diperluas ke seluruh Selangor.
25. Program Usahanita Digital
Memperkasa ekonomi digital wanita melalui Usahanita Digital.
Peruntukan: RM300,000.
Sasaran: Wanita Selangor menceburi keusahawanan digital, e-dagang, dan ekonomi kreatif.
26. Inisiatif Wanita Selangor dan AI
Platform khusus untuk meneroka potensi wanita dalam bidang AI dan digital.
Peruntukan: RM200,000.
Fokus: Penganjuran seminar dan program inkubasi.
WARGA EMAS DAN KHAIRAT
27. Skim Mesra Warga Emas
Bantuan baucar barangan keperluan asas kepada warga emas sebagai tanda penghargaan.
Peruntukan: RM55 juta.
Nilai baucar: RM150 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas atau OKU.
Pelaksanaan: Bermula suku pertama 2026, melalui pasar raya terpilih.
28. Khairat Darul Ehsan (KDE)
Bantuan khairat kematian RM1,000 untuk waris rakyat Selangor yang meninggal dunia.
Syarat: Pemohon berumur 50 tahun ke atas atau OKU.
RM20 juta
KEBAJIKAN DAN MEMBASMI KEMISKINAN
29. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS, BINGKASAN, BINGKAS Plus)
Bantuan tunai RM300 sebulan (RM3,600/tahun) kepada lebih 30,000 ketua isi rumah.
Inisiatif khas baharu iaitu BINGKAS Tambahan (BINGKASAN). Dana RM5 juta untuk membantu lebih 1,300 ketua isi rumah yang tidak menepati syarat BINGKAS.
Peruntukan keseluruhan BINGKAS dan BINGKASAN: RM103 juta.
30. Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan
Bantuan peralatan/mesin untuk penjaja, peniaga kecil, dan pekerja sendiri.
Peruntukan RM2 juta.
Program tambahan: Latihan keusahawanan untuk penerima bantuan, meningkatkan daya saing dan kemahiran perniagaan.
31. Program I-SEED (Usahawan India Selangor)
Sokongan peralatan/mesin kepada usahawan kecil berbangsa India.
Peruntukan RM1 juta.
32. Baucar Jom Shopping
Perayaan Utama (Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali)
Keluarga kurang berkemampuan (pendapatan < RM3,000) menerima baucar RM200.
Peruntukan 2025: RM16.48 juta, 60,150 penerima.
Peruntukan 2026: RM18.48 juta, sasaran 92,400 penerima.
33. Baucar Jom Shopping veteran tentera, polis tidak berpencen
Baucar RM200 kepada 8,317 veteran tidak berpencen.
Peruntukan: RM1.7 juta.
34. Program baik pulih dan bina rumah
Bantuan baik pulih rumah: kos sehingga RM35,000.
Bina rumah baharu (660 kaki persegi): kos sehingga RM85,000.
Sasaran: Golongan kurang berkemampuan, termasuk komuniti Orang Asli.
Penerima: 58 keluarga (9 daerah) + 14 keluarga Orang Asli.
Peruntukan 2026: RM3 juta, fokus kepada bantuan baik pulih rumah.





