SHAH ALAM, 14 NOV: Seramai 2,166 kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah akan menerima wang tunai RM100 sebulan selama setahun.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sejumlah RM5 juta diperuntukkan di bawah Inisiatif MamaKerja itu.
“Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya, bantuan tunai ini akan dipadankan dengan pemantauan berkala terhadap perkembangan kanak-kanak.
“Ini adalah manifestasi pentadbiran menghargai peranan wanita dalam pembangunan negeri serta sebahagian usaha untuk membantu golongan wanita bekerjaya di Selangor untuk terus berbakti kepada negeri dan keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.
Inisiatif MamaKerja yang dibuka bermula 1 November 2023 memanfaatkan wanita bekerja yang memiliki tiga anak bawah 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.
Setakat Ogos tahun lalu, seramai 4,417 ibu bekerja menerima insentif MamaKerja berjumlah RM1,000 bagi meringankan kos penjagaan anak




