ad

MPAJ buka permohonan bazar Ramadan secara dalam talian mulai esok

13 Nov 2025, 12:05 AM
MPAJ buka permohonan bazar Ramadan secara dalam talian mulai esok
MPAJ buka permohonan bazar Ramadan secara dalam talian mulai esok
MPAJ buka permohonan bazar Ramadan secara dalam talian mulai esok

SHAH ALAM, 13 NOV: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuka permohonan tapak Bazar Ramadan 2026 secara dalam talian bermula 14 hingga 25 November ini.

MPAJ dalam kenyataan memaklumkan, permohonan boleh dibuat mulai jam 10 pagi esok dan dibuka kepada peniaga yang berminat menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan akan datang.

“Setiap pemohon dibenarkan memohon satu petak di satu lokasi sahaja dan pemilihan tapak akan dibuat berdasarkan petak terawal yang dipilih.

“Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan untuk hadir ke sesi taklimat pada 17 atau 18 Disember 2025,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pembayaran perlu diselesaikan dalam tempoh tiga hari selepas pengesahan bagi memastikan tempahan tapak kekal sah.

“Permohonan yang tidak lengkap atau gagal membuat bayaran dalam tempoh ditetapkan akan dibatalkan secara automatik,” jelasnya.

Langkah membuka permohonan secara dalam talian itu antara usaha MPAJ bagi memudahkan urusan peniaga serta memastikan proses pengurusan bazar dilaksanakan dengan lebih telus dan efisien.