ad

Selangor perkukuh agro pelancongan, meterai MoU bersama Taiwan

10 Nov 2025, 9:22 AM
Selangor perkukuh agro pelancongan, meterai MoU bersama Taiwan
Selangor perkukuh agro pelancongan, meterai MoU bersama Taiwan
Selangor perkukuh agro pelancongan, meterai MoU bersama Taiwan

SHAH ALAM, 10 NOV: Tourism Selangor terus memperkukuh agro pelancongan negeri dengan menandatangani MoU bersama Taiwan Leisure Farm Development Association (TLFDA) ketika menyertai Pameran Pelancongan Antarabangsa Taipei 2025 di Pusat Pameran Antarabangsa Nangang, baru-baru ini.

Lawatan berkenaan juga menyaksikan pertemuan strategik bersama Tourism Taipei bagi membuka ruang kerjasama pelancongan bertaraf dunia, sambil meninjau peluang pembangunan Kampung Baru berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling berkata Taiwan menjadi fokus pasaran 2026 kerana potensinya dalam pelancongan, teknologi pintar dan sektor semikonduktor, yang mampu memberi impak positif kepada ekonomi dan pelancongan Selangor.

Terdahulu, Pelancaran Pavilion Tourism Malaysia Taipei dirasmikan oleh Aznifah Ghani, Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia Aznifah Ghani, menandakan komitmen Selangor memajukan destinasi pelancongan antarabangsa secara mampan.