ad

Lelaki warga tempatan maut ditembak di stesen minyak

8 Nov 2025, 3:17 AM
Lelaki warga tempatan maut ditembak di stesen minyak

SHAH ALAM, 9 NOV: Seorang lelaki warga tempatan maut ditembak di sebuah stesen minyak di kawasan Bukit Tinggi, Klang, kira-kira 11 malam tadi.

‎Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian itu melibatkan seorang suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan kereta dan terkena di bahagian hadapan mangsa berusia 34 tahun.

‎"Polis menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan ada kejadian tembak di sebuah stesen minyak dalam kawasan Klang Selatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

‎Shazeli dalam kenyataan sama memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Aminuddin Mahadi di talian 013-2104006 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

‎Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

‎Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan cedera dipercayai akibat ditembak, sedang diusung oleh petugas kesihatan untuk mendapatkan rawatan.