Lelaki maut dipercayai ditembak rakan sekerja di depoh simpanan minyak

14 Nov 2026, 3:41 PM
Lelaki maut dipercayai ditembak rakan sekerja di depoh simpanan minyak

BUKIT MERTAJAM, 14 NOV: Seorang lelaki maut dipercayai ditembak individu dikenalinya di depoh simpanan minyak di Bukit Tengah di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata polis kini giat mengesan suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu.

“Mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang dan mangsa berusia 41 tahun dipercayai terkena tiga das tembakan yang dilepas suspek yang dipercayai rakan sekerjanya yang berusia lingkungan 40-an.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.