ad

Perbadanan Wakaf Selangor salur RM41,000 naik taraf pendawaian elektrik surau

2 Nov 2025, 10:27 AM
Perbadanan Wakaf Selangor salur RM41,000 naik taraf pendawaian elektrik surau

SHAH ALAM, 2 NOV: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyumbang RM41,000 kepada Surau Al-Hayy, Putra Heights dekat sini semalam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan sumbangan Wakaf Fisabilillah itu bertujuan untuk menaik taraf sistem pendawaian elektrik surau tersebut.

Sumbangan disampaikan Pengurus Bahagian Korporatnya Muhammad Hafiz Bahari kepada pengurusan surau.

PWS turut membuka kaunter wakaf bagi memberi peluang kepada jemaah melaksanakan ibadah wakaf serta memahami peranan wakaf dalam membina kemaslahatan ummah dan memperkukuh ekonomi Islam.

Orang ramai yang ingin berwakaf boleh layari Wakaf Selangor Online menerusi https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai.