Amaran ribut petir di KL, tiga daerah Selangor hingga 9 malam

2 Nov 2025, 9:49 AM
Amaran ribut petir di KL, tiga daerah Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 2 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Kuala Lumpur hingga 9 malam.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

MetMalaysia juga meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda seluruh Perlis selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.