Festival Makanan Warisan Selangor tampil keunikan budaya, citarasa negeri

1 Nov 2025, 10:00 AM

KUALA SELANGOR, 1 NOV: Festival Makanan Warisan Selangor menampilkan keunikan negeri dan kekuatan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum serta latar belakang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata menerusi program tersebut, antara elemen yang dapat diketengahkan pembangunan pelancongan di Kuala Selangor.

“Ini adalah tahun keempat festival makanan dianjurkan dan kita mengetengahkan keunikan. Tahun ini, kita perkenalkan lempeng sagu biji mata ikan terbanyak dan kuih Beppa Pute yang merupakan makanan tradisi Bugis.

“Sebelum ini, kita ada nasi ambeng, sate kajang dan punten. Dengan makanan tradisi Bugis ini, kita ketengahkan elemen yang menjadi aspek pembangunan pelancongan di Kuala Selangor.

“Aspek pembangunan yang juga kekuatan masyarakat pelbagai latar belakang kaum dan agama serta sejarah dan kebudayaan,” kata beliau selepas merasmikan festival tersebut hari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap sempena Festival Makanan Warisan Selangor di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 1 November 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, festival dihadiri EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) dengan kejayaan mengedarkan 4,921 lempeng sagu biji mata ikan terbanyak.

Rekod kedua yang berjaya dicatat adalah formasi rumah api Kuala Selangor terbesar setinggi 25 meter menggunakan 55,000 keping kuih Beppa Pute yang dilakukan dengan kerjasama Puspanita Selangor.

Berucap pada majlis perasmian, Amirudin memaklumkan kejayaan program seperti itu membuktikan bahawa Selangor bukan sahaja negeri maju dari aspek ekonomi tetapi turut menghargai akar warisan sambil melangkah ke hadapan dengan visi dan inovasi.

“Pengawalan pelancongan gastronomi berperanan penting untuk mempromosikan Selangor sebagai destinasi yang bukan sahaja indah dan maju tetapi kaya dengan citarasa warisan dan budaya masyarakat pelbagai bangsa,” katanya.