ad

Permohonan BINGKAS dibuka semula hari ini

1 Nov 2025, 1:40 AM
Permohonan BINGKAS dibuka semula hari ini

SHAH ALAM, 1 NOV: Kerajaan Selangor memaklumkan bahawa permohonan program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) kini dibuka semula bermula hari ini.

BINGKAS menawarkan bantuan RM300 sebulan selama 24 bulan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan serta kelengkapan pendidikan.

Bantuan ini merupakan sebahagian daripada 46 insentif Iltizam Selangor Penyayang yang dilancarkan pada 2022, menggantikan skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal).

Bayaran bantuan berkenaan diagih menerusi aplikasi e-dompet Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi memudahkan penerima berbelanja.

Kelayakan adalah untuk:

✅ Pendapatan isi rumah bawah RM5,000

✅ Warganegara Malaysia dan menetap di Selangor melebihi 10 tahun

✅ Mempunyai sekurang-kurangnya dua tanggungan berusia 18 tahun ke bawah

Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi aplikasi SELangkah atau laman web rasmi www.bingkasselangor.com.

Maklumat lanjut dan pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui saluran rasmi BINGKAS.