ad

Pesta Buku Antarabangsa Selangor kembali! Ribuan judul & hadiah RM500 menanti

31 Okt 2025, 4:25 AM
Pesta Buku Antarabangsa Selangor kembali! Ribuan judul & hadiah RM500 menanti

SHAH ALAM, 31 OKT: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2025 kembali memeriahkan hujung tahun dengan ribuan judul menarik, program interaktif serta peluang memenangi hadiah harian bernilai RM500.

Bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam dari 28 November hingga 7 Disember, pesta buku tahunan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu bermula pada jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Selain menawarkan pelbagai buku daripada penerbit tempatan dan antarabangsa, SIBF 2025 turut menampilkan sesi bual bicara penulis, bengkel kreatif dan aktiviti keluarga, menjadikannya destinasi wajib bagi pencinta buku dan penggiat ilmu.

Pesta buku tahunan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu bermula pada jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Menariknya, pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah harian bernilai RM500, dengan 10 pemenang dipilih setiap hari.

Setiap pembelian bernilai RM30 melayakkan satu penyertaan, manakala pengumuman pemenang dibuat pada jam 6.30 petang dan 8.30 malam.

Sorotan program, senarai pempamer serta kolaborasi khas akan diumumkan tidak lama lagi.

Orang ramai disaran merancang kunjungan dan mengikuti perkembangan terkini SIBF 2025 melalui saluran rasmi PPAS agar tidak terlepas peluang menyertai pesta ilmu terbesar itu.