ad
AGENSI

Wang tunai RM500 setiap hari menanti pengunjung pesta buku Selangor

1 Nov 2024, 8:00 AM
Wang tunai RM500 setiap hari menanti pengunjung pesta buku Selangor
Wang tunai RM500 setiap hari menanti pengunjung pesta buku Selangor

SHAH ALAM, 1 NOV: Hadiah wang tunai RM500 ditawarkan kepada 15 pengunjung bertuah setiap hari di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memaklumkan dengan pembelian bernilai RM30, pengunjung layak menyertai cabutan bertuah itu.

SIBF 2024 berlangsung pada 27 November sehingga 3 Disember ini di Hall 1 dan 2, Pusat Konvensyen Setia City bermula 9 pagi hingga 10 malam.

“Pemenang akan diumumkan pada jam 6.30 petang dan 8.30 malam. Dengan pembelian RM30 sudah layak memenangi RM500 tunai,” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_617059" align="alignnone" width="802"] Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlansung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Sebelum ini, Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhamad memaklumkan SIBF 2024 menyediakan lebih 400 reruai dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk bual bicara dengan sasterawan negara, aktiviti mewarna, melukis dan cabutan bertuah.

Lebih 300,000 pengunjung disasar hadir sepanjang tujuh hari penganjuran yang turut melibatkan pempamer, penerbit, penulis, pemain industri buku daripada pelbagai negara luar seperti China, Indonesia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor turut diadakan sepanjang SIBF 2024 bagi memperkasa agenda Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

SIBF julung kali dianjurkan pada 2022, merupakan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.