ad

Karnival Ban Canal ’25 kembali gegar Sabak Bernam 7 hingga 9 November

30 Okt 2025, 4:00 AM

SABAK BERNAM, 30 OKT: Karnival Ban Canal ’25 kembali lagi membawa kemeriahan dan warna-warni ke daerah Sabak Bernam dari 7 hingga 9 November ini di Ban Canal Parit 14, Simpang Lima.

Program anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menjanjikan pengalaman unik kepada pengunjung melalui pelbagai aktiviti sukan air, budaya dan riadah berteraskan keindahan alam, tradisi tempatan serta gaya hidup lestari.

Dianjur sejak 2022, inisiatif ini diteruskan bagi menyemarakkan Tahun Melawat Selangor 2025, sekali gus mempromosi pelancongan berasaskan kampung dan pertanian di utara negeri.

Karnival tiga hari itu bukan sahaja menjadi medan memperkenal projek Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) kepada pelancong luar, malah berperanan sebagai pemangkin aktiviti sukan air dan penggerak ekonomi setempat.

Antara acara utama yang bakal mencuri tumpuan termasuk lumba perahu, larian bendang, pertandingan tarik tali dan pesta gendang pelbagai bangsa yang mencerminkan semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum.

Kemeriahan karnival ini turut dijangka menarik kehadiran ribuan pengunjung dari dalam dan luar Selangor yang ingin menikmati keindahan panorama desa serta keramahan komuniti Sabak Bernam.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Karnival Ban Canal ’25 satu pesta rakyat penuh semangat yang mengangkat warisan, alam dan gaya hidup lestari sebagai nadi pembangunan negeri.