ad

Festival Idea bakal jadi acara tahunan, satukan dunia pendidikan dan inovasi

25 Okt 2025, 9:15 AM

SHAH ALAM, 25 OKT: Kerajaan Selangor berhasrat menjadikan Festival Idea sebagai acara tahunan bagi memperkukuh budaya ilmu, inovasi dan pemikiran kreatif dalam kalangan masyarakat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu selaras dengan usaha menjadikan Selangor sebagai hab ilmu dan inovasi negara yang mampu melahirkan generasi berdaya saing serta berfikiran progresif.

“Kerajaan Negeri akan berusaha menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dan institusi pendidikan bagi menjadikan Festival Idea sebagai acara tahunan.

"Matlamat kita ialah merangsang idea, pemikiran serta penemuan baharu dalam ekosistem pendidikan dan pembangunan masyarakat,” katanya selepas merasmikan Festival Idea @ Selangor di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, hari ini.

Amirudin menambah, festival itu bukan sekadar ruang pameran, tetapi wadah untuk mempertemukan pelajar, pendidik, penyelidik dan penggiat industri bagi bertukar pandangan serta memperkukuh jaringan ilmu dan inovasi.

Beliau turut mencadangkan agar penganjuran Festival Idea digabungkan dengan Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) bagi memperluas manfaat melalui perkongsian kepakaran, penyelidikan dan inovasi yang relevan dengan keperluan semasa.

SES yang julung kali diadakan tahun lalu itu menghimpunkan empat ekspo utama berteras pendidikan, termasuk Ekspo Penyelidikan dan Inovasi Selangor (SRIE) serta Ekspo Pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Selangor.