Tukar barangan terpakai dapat tunai di Program Kitar Semula MPAJ

24 Okt 2025, 10:24 AM
Tukar barangan terpakai dapat tunai di Program Kitar Semula MPAJ
Tukar barangan terpakai dapat tunai di Program Kitar Semula MPAJ

SHAH ALAM, 24 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menganjurkan Program Kitar Semula (Thrash to Cash) di Taman Sierra Ukay, Ampang, pada Ahad ini.

Program bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu bertujuan menggalakkan amalan kitar semula dan mengurangkan pencemaran dalam kalangan penduduk.

Antara barangan yang diterima ialah minyak masak terpakai (RM2/kg), sisa elektrik dan elektronik (RM0.20/kg), tin aluminium (RM1/kg), kertas, kotak dan plastik (RM0.20/kg), serta besi (RM0.40/kg).

Untuk maklumat lanjut, hubungi Unit Kitar Semula MPAJ di talian 03-4285 7390.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.