ad

Jom ke Selangor Fruit Valley, destinasi ideal musim cuti Deepavali

19 Okt 2025, 12:16 AM
Jom ke Selangor Fruit Valley, destinasi ideal musim cuti Deepavali

SHAH ALAM, 19 OKT: Selangor Fruit Valley (SFV) akan dibuka kepada orang ramai cuti umum sempena cuti Deepavali esok dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat seisi keluarga.

Menurut infografik dikongsi di Facebook Selangor Fruit Valley, taman agro pelancongan itu beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5 petang.

Pengunjung berpeluang menikmati pengalaman unik di ladang buah-buahan tropika dengan pelbagai pakej aktiviti interaktif termasuk lawatan ladang, tunggangan trem, dan sesi bergambar di kawasan tarikan utama SFV.

"Korang semua tak tahu nak pergi mana cuti Deepavali ni?? Apa tunggu lagi, jom ke Selangor Fruit Valley!!! Macam-macam aktiviti menarik menanti anda!!

"Jom ciptakan kenangan bersama orang yang tersayang di sini. Macam-macam pakej yang kami sediakan untuk anda semua merasai suasana di dalam ladang buah-buahan tropika!" katanya.

SFV terletak di KM7, Jalan Bestari Jaya–Rawang, Selangor, dan boleh dihubungi menerusi media sosial rasmi di Facebook, Instagram, serta TikTok @SelangorFruitValley untuk maklumat lanjut.