ad

Hampir seluruh Selangor diramal ribut petir hingga 9 malam

15 Okt 2025, 9:35 AM
Hampir seluruh Selangor diramal ribut petir hingga 9 malam

SHAH ALAM, 15 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda lapan daerah di Selangor hingga 9 malam.

Amaran dikeluarkan melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Selain itu seluruh Perlis, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia juga meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa daerah di Perak dan Pahang.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.