ad

Malaysia raih potensi pelaburan RM24.45 bilion dalam Ekspo Osaka 2025

13 Okt 2025, 4:03 AM
Malaysia raih potensi pelaburan RM24.45 bilion dalam Ekspo Osaka 2025

OSAKA, 13 OKT: Malaysia mengakhiri penyertaan enam bulan dalam acara Ekspo Osaka 2025 dengan memberangsangkan apabila meraih potensi perdagangan dan pelaburan berjumlah RM24.45 bilion.

Pencapaian itu terbukti mengatasi sasaran awal sebanyak RM13 bilion dengan peningkatan sebanyak 188 peratus, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Hairil Yahri Yaacob.

Beliau berkata jumlah RM24.45 bilion itu merangkumi masing-masing RM5.62 bilion dalam bentuk potensi eksport manakala RM12.79 bilion merupakan potensi pelaburan yang dijana menerusi 1,555 mesyuarat perniagaan.

“Sejumlah RM6.04 bilion pula daripada pemeteraian lebih 70 memorandum persefahaman, perjanjian dan kerjasama (MoU, MoA, MoC),” katanya pada majlis penutupan Pavilion Malaysia di sini, hari ini.