ad

350 orang terima baucar RM200 sempena Deepavali di Kota Anggerik

12 Okt 2025, 7:16 AM

SHAH ALAM, 12 OKT: Seramai 350 penerima kaum India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik menerima baucar bernilai RM200 setiap seorang menerusi Program Sumbangan Deepavali 2025 yang diadakan di Giant Seksyen 13, Shah Alam.

Program berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi yang berkata inisiatif tersebut bertujuan membantu masyarakat India membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.

“Baucar ini diberikan bagi membantu penerima mendapatkan barangan keperluan untuk persiapan menyambut Hari Deepavali. Terima kasih saya ucapkan kepada semua petugas dan urusetia yang menjayakan program ini,” katanya pada Program penyerahan baucar Jom Shopping Perayaan di DUN Kota Anggerik.

Untuk rekod, program ini merupakan antara inisiatif setiap DUN yang dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara dan setiap lapisan rakyat dapat menikmati manfaat kebajikan yang disediakan.