ad

EXCO: Negeri pastikan bantuan mangsa bencana disalur cepat, telus, teratur

8 Okt 2025, 9:00 AM

SHAH ALAM, 8 OKT: Kerajaan Negeri sentiasa peka dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana, malah bancian turut dijalankan dalam tempoh dua hingga lima hari selepas kejadian berlaku.

EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi berkata, semakan kelayakan pula dibuat dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas permohonan diterima daripada mangsa.

"Bayaran bantuan lazimnya dibuat dalam tempoh dua hingga empat minggu selepas semakan, menjadikan keseluruhan proses mengambil masa 30 hingga 60 hari, bergantung kepada kelengkapan data yang diperoleh.

"Saya juga menyeru pemohon agar mengemukakan maklumat lengkap serta dokumen yang diminta bagi mengelakkan kelewatan dalam penyaluran bantuan," katanya ketika dihubungi.

Mohd Najwan turut memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyalurkan peruntukan bantuan bencana RM14.7 juta kepada Selangor setakat tahun ini.

Katanya, bantuan tersebut meliputi Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada ketua isi rumah serta BWI kematian kepada waris mangsa bencana.

"Kerajaan Negeri juga sedang berusaha melaksanakan inisiatif pembayaran elektronik sepenuhnya bagi BWI di peringkat daerah, yang lazimnya mempercepatkan proses penyerahan tunai di kaunter.

"Kita akan terus menambah baik pelaksanaan setiap inisiatif dengan penuh integriti dan tanggungjawab, selain mengurangkan kerenah birokrasi bagi memastikan bantuan disalurkan secara telus, cepat dan teratur," katanya.