ad

Lima daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 10 pagi

23 Nov 2025, 11:56 PM

SHAH ALAM, 24 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 10 pagi ini.

Lima daerah berkenaan ialah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Amaran sama turut diramal berlaku di seluruh Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.